aku ada, kau ada?

Rabu, 23 November 2011

Kemenangan esei ku


BULAN BAHASA KEBANGSAAN MELESTARIKAN KEDAULATAN BAHASA MELAYU

       Bahasa ialah antara petanda jati diri yang penting bagi seseorang atau kelompok masyarakat. Melalui bahasa,dengan mudah kita dapat meneka tempat asal seseorang daripada petuturannya. Oleh itu,Bulan Bahasa Kebangsaan sememangnya perlu diadakan kerana sangat membantu rakyat Malaysia lebih mendalami bahasa mereka sendiri dan secara tidak langsung melestarikan kedaulatan bahasa melayu. Di samping itu,pelbagai pendekatan telah dianjurkan seperti pertandingan berpidato,teater,berpuisi,menulis esei,kempen secara langsung atau melalui media massa dan sebagainya. Tambahan lagi,permasalahan budaya telah menular dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Terdapat pelbagai kepentingan Bulan Bahasa Kebangsaan yang dapat menaik taraf bahasa melayu di mata rakyat Malaysia.


       Pada hari ini,tidak dinafikan bahawa keruntuhan bahasa melayu di kalangan masyarakat Malaysia sedikit sebanyak telah menggugat bahasa melayu itu sendiri. Pendapat setengah pihak yang membezakan bahawa bahasa inggeris itu adalah “bahasa kemajuan” manakala bahasa melayu pula disamakan dengan “bahasa rasmi”. Tidakkah perkara ini menggugat bahasa melayu. Pada era globalisasi,penekanan terhadap bidang ICT yang lebih mengurangkan bahasa inggeris  juga merupakan keruntuhan bahasa melayu. Di sini,Bulan Bahasa Kebangsaan memainkan peranan yang amat penting iaitu mendaulatkan kembali bahasa melayu yang kian dilupakan oleh genarasi kini. Sebagai contoh,kenpen-kempen bahasa yang dianjurkan menunjukan kesedaran betapa pentingnya penggunaan bahasa melayu kepada kita. Secara tuntas,mudah-mudahan kempen-kempen ini akan memberi kebaikan dari perkara yang kecil sehingga perkara yang besar.


       Memetik kata mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,Datuk Aziz Deraman dalam satu kenyataan akhbar pada 6 Mei 2004,”tiada bangsa yang boleh memegah apabila bahasanya dinodai”,menunjukan betapa besarnya peranan kita untuk mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi kita. Kesedaran dan keperhatinan yang tinggi perlu diambil kira oleh setiap masyarakat Malaysia. Sebagai contoh,rakyat Malaysia tidak kira kaum,bangsa dan agama harus menunjukan minat yang mendalam terutamanya golongan remaja dalam usaha pihak berwajib yang menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam Bulan Bahasa Kebangsaan,peyertaan dan sokongan dari pelbagai pihak amat digalakkan tidak kira secara bekumpulan atau individu. Golongan dewasa juga berperanan penting dalam memastikan kejayaan berada dipihak kita kerana “tiada dahulu,tadalah kini”. Oleh itu,semua pihak harus bekerjasama dan berganding bahu untuk merealisasikan kedaulatan bahasa melayu,bak kata pepatah “berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”.


       Remaja merupakan aset yang penting dalam pembangunan bangsa dan Negara. Tanpa remaja,siapakah yang bakal mewarisi kepimpinan Negara pada masa hadapan? Ini menunjukan  betapa pentingnya remaja dalam menaik taraf bahasa melayu. Siapakah nanti yang akan menggantikan sasterawan-sasterawan Negara kini pada masa akan datang untuk mempertahankan kewarisan bahasa melayu agar tidak hilang mengikut arus zaman. Dengan adanya sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan,perkara tersebut tidak akan menjadi masalah besar pada Negara. Hal ini kerana,di sinilah tempat untuk mencari bakat-bakat yang terpendam di dalam diri remaja dan secara tidak langsung dapat menggelak daripada timbulnya gejala-gejala yang tidak sihat seperti gangsterism,melepak,hubungan seks bebas,merempit,dan sebagainya. Namun begitu remaja itu sendirilah yang perlu memberikan komitmen yang sebaiknya dan sentiasa berpegang teguh pada prinsip”di mana ada kemahuan,di situ ada jalan”


       “ Sikap positif dalam menyemai perasaan cinta dan bangga yang kuat terhadap sesuatu bahasa itu dan diikuti pula oleh penggunaan bahasa tersebut, khususnya dalam bidang yang penting dapat menjamin hayat sesuatu bangsa”. Petikan yang diambil dalam majalah “ dewan bahasa “ ini menunjukkan bahawa sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan dapat menyemarakkan patriotisme bahasa dalam golongan masyarakat Malaysia. Satu daripada cara untuk menyemai semangat patriotik yang kuat dalam diri rakyat Malaysia terhadap bahasa adalah dengan mewujudkan sikap bangga akan bahasa. Dengan adanya sambutan seperti ini kita dapat memupuk sikap bangga bahasa dalam diri masyarakat  Malaysia dan seterusnya melestarikan kedaulatan bahasa melayu. Sebagai contoh, masyarakat Perancis terkenal dengan sikap mereka yang tidak melayan orang asing yang menggunakan bahasa selain bahasa perancis ketika berurusan dengan mereka. Sikap inilah yang berjaya mengekalkan bahasa perancis sebagai bahasa yang bermaruah dan kekal megah di negara mereka sendiri. Oleh itu,komitmen semua rakyat Malaysia amat diperlukan dalam sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini.


              Konklusinya,kita perlulah membudayakan bahasa kita sepanjang masa. “Ribut taufan, ombak tsunami, gempa bumi dan sebagainya merupakan faktor yang menghancurkan peradaban dari aspek fizikalnya, namun bangsa yang jiwanya penuh peradaban mampu membina semula kehancuran ini. Akan tetapi, apabila satu-satu bangsa sudah tidak memiliki elemen ini, maka kehancuran sesuatu peradaban berlaku sehingga ke akar umbi “. Petikan yang dipetik daripada dewan siswa April 2005 menunjukkan betapa pentingnya peranan kita dalam mendaulatkan bahasa melayu. Kita tidak boleh mengharapkan bangsa lain untuk memartabatkan bahasa melayu. Maruah bangsa dan bahasa perlulah dipelihara, “ Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan